
Warkah Buat Ibu.
Ibu,
Seorang insan yang amat mulia,
Seorang insan yang sanggup berkorban apa sahaja,
Demi anak-anak dan suami tercinta.
Ibu,
Tidak dapat ku bayangkan pengorbananmu,
9 bulan kau mengandungkanku,
Tiba pula saat kau melahirkanku,
Kau harus bertarung dengan ajalmu,
Tidak kau rasakan kesakitan itu,
Malahan kau masih mampu tersenyum gembira,
Pabila melihat wajah comel anak yang dilahirkanmu.
Ibu,
Aku kau didik hingga dewasa,
Kau cukupkan keperluanku,
Kau sabar melayan karenahku,
TIdak pernah kudengar kau mengeluh,
Tidak pernah ku dengar kau bosan dan berputus asa,
Dalam mendidikku menjadi insan yang berguna.
Ibu,
Terima kasih kerana mengandungkanku,
Terima kasih kerana melahirkanku,
Terima kasih kerana mendidikku,
Terima kasih atas segala jasa-jasamu.
No comments:
Post a Comment